Words of Others

12/05/2005

suka main futsol

mode: sejuk ehhh mode sejuk pun ada ke? belasah je la... bila aku tengok balik last time aku update blog ni, ianya adalah pada 15 November 2005, itu pun 3-4 baris nak cukup syarat jer. hari ni dah 5 november, bermakna dah 19 hari since last update. 19 hari... terlalu banyak yang boleh dan telah berlaku dalam hampir 3 minggu ni. antara highlights dalam hidup aku ialah; 1. aku dok pulun study 2. aku sepak orang 3. mengadap final exam pada 19 & 20 November 4. member bernama imran selamat melayari bahtera perkahwinan 5. pergi open house rumah hadi stamos 6. gembira exam dah habis 7. buat esemen dan hantar 8. main futsol (pronounce macam dalam gol n gincu) 9. buat lagi satu esemen dan hantar 10. pegi johor folo member aku, pastu gi umah makcik aku n makcik member aku 11. gi oversea satu malam 12. main futsol lagi 13. rosnadzran pulak kawin 14. pergi sungai buloh arakian yang betul2 menggembirakan ialah no. 1, 6, 7 & 9 since aku tak pernah bagi effort yang sedemikian rupa masa kat mmu dulu. kalau dulu malam final aku masih lagi dok terkial kial nak menghabiskan season CM3 aku yang ntah season yang keberapa, ataupun dok pulun main red alert lagi, atau online. tapi yang pastinya tidaklah dihabiskan dengan study semata mata. masa menjawab pulak aku hanya ada pengetahuan untuk jawab cukup cukup 4 dari 6 soalan, yang bererti kalau salah satu soalan spot tu susah gila, aku akan bersiap sedia untuk supplementary exam pulak. dari berpuluh esemen yang aku buat masa degree pulak, aku rasa yang aku betul buat sendiri boleh kira guna jari. tu yang aku rasa sangat gembira sebab semua esemen aku semester ni aku buat sendiri (actually memang kena buat sensorang, kalau tak dah memang tiru orang dah kot) esok esok la aku upload gambar aktiviti selama 19 hari ni. anyway sekarang baru pukul 7 pagi, dan aku berada di opis.
pukul 7 pagi, dan aku berada di opis
dan aku sudah berasa mengantuk. aku nak balik tido. chiao~

No comments: