Words of Others

11/22/2006

tandas wangi jgn disangka....

[new haircut] F melangkah lesu. Fizikal dan mentalnya sangat letih. Dalam keletihan yang amat sangat itu dia cuba untuk mengingatkan apa yang telah dia lakukan seharian sehingga keletihan yang amat sangat. 5.15 am : Bangun pagi 5.55 am : Keluar rumah 6.35 am : Sampai di stesen ERL Putrajaya 7.10 am : Sampai di KLIA 9.10 am : Sampai di Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu 10.00 am : Mesyuarat 12.00 pm : Majlis sambutan raya (makan nasi Bukhari) 2.30 pm : Mesyuarat dengan customer 5.00 pm : Beli keropok lekor di pasar Jam Nike di lengan kirinya sudah menunjukkan pukul 7.10 malam. Kaki F melangkah lesu masuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk check-in. Di dalam genggaman tangannya terlipat rapi tiket MAS untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kalau boleh F ingin berada lebih lama di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, tetapi bosnya menyuruh dia segera pulang kerana ada presentation pada keesokan harinya. Kedatangan F ke negeri Kelantan buat pertama kalinya hanyalah untuk sehari, membuatkan F berjanji untuk datang lagi lebih lama. Setelah melalui rutin pemeriksaan, F kini berada di balai menunggu. 'Ah lama lagi', getus hati F apabila melihat di tiketnya tertulis 1955, bermakna kapalterbangnya akan berlepas pada pukul 7.55 malam. Sambil melangkah longlai, F mengheret kakinya menghala ke tandas. Perutnya sudah mula membuat onar, ingin membuang nasi itik serati, sate, nasi bukhari dan popiah sayur yang disumbat pada siang hari. 'Hrmm wanginya tandas di Kelantan', komen F taktala melangkah masuk ke tandas. Terbantut niat jahatnya untuk menghisap rokok di dalam tandas tersebut, sambil matanya meliar mencari tandas manakah yang tercantik untuk digunakan. Tandas duduk yang terdekat dengan pintu keluar menjadi pilihan hatinya. Sambil duduk matanya tertarik kepada tong sampah yang terdapat di tepi mangkuk tandas tersebut. 'Molek sungguh toilet Kelate ni, ada tong sampah', tambah F. Sedang sedap F menikmati proses nyahtinja, tiba2 kedengaran bunyi kasut masuk ke tandas tersebut. Bukan bunyi kasut yang biasa, ini bunyi kasut tumit tinggi beserta dengan suara wanita!!! 'Owhhh SH*TTT!!!', jerit F dalam hati apabila dia ternampak kasut wanita di luar apabila dia meninjau dari ruang di bawah pintu. Segera dia faham apa fungsi tong sampah di tepinya dan kenapa tandas itu berbau wangi. Ya, tiada tempat untuk kencing berdiri di tandas tersebut, dia kini di dalam tandas wanita!!! Peluh dingin mula menitik walaupun kesejukan aircond menguasai tempat itu. Debaran hatinya lebih kuat dibandingkan dengan waktu dia menghadiri interview. Otaknya ligat berfikir, mahu tak mahu dia perlu keluar segera kerana akan lebih ramai orang di situ kerana penerbangan AirAsia tertangguh. Seorang wanita lagi masuk ke tandas dan betul2 berada di tandas sebelahnya. F menarik nafas dalam2 dan berlari keluar tandas. Beberapa orang di luar tandas melihat dia dengan pandangan pelik, namun F sudah tidak memperdulikan semua itu dan berjalan pantas ke tempat yang tidak dilihat orang. Cukuplah sekali ini menjadi pengajaran, tandas wangi jangan disangka tandas lelaki... Dan F itu ialah aku....... (real story happened on 21st Nov 2006) T_T
disinilah kejadian itu berlaku (sambil menunding jari)

5 comments:

Anonymous said...

duhhhh perverttt

daddy riki said...

ano,
its a mistake by a human like me

boyez,
gua pakai HP set +8 ngan HP items plus undying + vitality pot + spam heal + dd, ahhahah

Anonymous said...

kecoo la riki...dtg kelantan bikin malu je.hahahahhah

Anonymous said...

hahaha, kejadian berlaku kat kelantan siot...kat kelantaaaannnn...

daddy riki said...

hahahha...
legend kan gua...
hahhaa