Apa yang pakcik pesara umur 73 nih buat ngan kete dia nihhhh.... Fly Volvo, fly!!!
Words of Others
Showing posts with label stupidity. Show all posts
Showing posts with label stupidity. Show all posts
4/19/2007
2/13/2007
air berahi
KUALA LUMPUR: Ada peniaga jalanan warga asing mengaut keuntungan ratusan ringgit sehari dengan hanya bermodalkan air suling dalam botol dengan mendakwanya ubat kuda mengawan yang mampu merangsang keghairahan wanita ‘sekelip mata’ apabila dicampur dalam minuman.
More...
Hahahaa... easy money, easy money... guess I will start selling 'air kuat', have a sip of it and you can 'perform' non-stop for 5 straight hours.
1/27/2007
cakap tak serupa bikin
got this nice pic from boyez,
so how to say cakap tak serupa bikin in english?
11/22/2006
tandas wangi jgn disangka....
[new haircut]
F melangkah lesu. Fizikal dan mentalnya sangat letih. Dalam keletihan yang amat sangat itu dia cuba untuk mengingatkan apa yang telah dia lakukan seharian sehingga keletihan yang amat sangat.
5.15 am : Bangun pagi
5.55 am : Keluar rumah
6.35 am : Sampai di stesen ERL Putrajaya
7.10 am : Sampai di KLIA
9.10 am : Sampai di Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu
10.00 am : Mesyuarat
12.00 pm : Majlis sambutan raya (makan nasi Bukhari)
2.30 pm : Mesyuarat dengan customer
5.00 pm : Beli keropok lekor di pasar
Jam Nike di lengan kirinya sudah menunjukkan pukul 7.10 malam. Kaki F melangkah lesu masuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk check-in. Di dalam genggaman tangannya terlipat rapi tiket MAS untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kalau boleh F ingin berada lebih lama di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, tetapi bosnya menyuruh dia segera pulang kerana ada presentation pada keesokan harinya. Kedatangan F ke negeri Kelantan buat pertama kalinya hanyalah untuk sehari, membuatkan F berjanji untuk datang lagi lebih lama.
Setelah melalui rutin pemeriksaan, F kini berada di balai menunggu. 'Ah lama lagi', getus hati F apabila melihat di tiketnya tertulis 1955, bermakna kapalterbangnya akan berlepas pada pukul 7.55 malam. Sambil melangkah longlai, F mengheret kakinya menghala ke tandas. Perutnya sudah mula membuat onar, ingin membuang nasi itik serati, sate, nasi bukhari dan popiah sayur yang disumbat pada siang hari.
'Hrmm wanginya tandas di Kelantan', komen F taktala melangkah masuk ke tandas. Terbantut niat jahatnya untuk menghisap rokok di dalam tandas tersebut, sambil matanya meliar mencari tandas manakah yang tercantik untuk digunakan. Tandas duduk yang terdekat dengan pintu keluar menjadi pilihan hatinya. Sambil duduk matanya tertarik kepada tong sampah yang terdapat di tepi mangkuk tandas tersebut. 'Molek sungguh toilet Kelate ni, ada tong sampah', tambah F.
Sedang sedap F menikmati proses nyahtinja, tiba2 kedengaran bunyi kasut masuk ke tandas tersebut. Bukan bunyi kasut yang biasa, ini bunyi kasut tumit tinggi beserta dengan suara wanita!!!
'Owhhh SH*TTT!!!', jerit F dalam hati apabila dia ternampak kasut wanita di luar apabila dia meninjau dari ruang di bawah pintu. Segera dia faham apa fungsi tong sampah di tepinya dan kenapa tandas itu berbau wangi. Ya, tiada tempat untuk kencing berdiri di tandas tersebut, dia kini di dalam tandas wanita!!!
Peluh dingin mula menitik walaupun kesejukan aircond menguasai tempat itu. Debaran hatinya lebih kuat dibandingkan dengan waktu dia menghadiri interview. Otaknya ligat berfikir, mahu tak mahu dia perlu keluar segera kerana akan lebih ramai orang di situ kerana penerbangan AirAsia tertangguh.
Seorang wanita lagi masuk ke tandas dan betul2 berada di tandas sebelahnya. F menarik nafas dalam2 dan berlari keluar tandas. Beberapa orang di luar tandas melihat dia dengan pandangan pelik, namun F sudah tidak memperdulikan semua itu dan berjalan pantas ke tempat yang tidak dilihat orang.
Cukuplah sekali ini menjadi pengajaran, tandas wangi jangan disangka tandas lelaki...
Dan F itu ialah aku.......
(real story happened on 21st Nov 2006) T_T
1/10/2006
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan
[ngantuk giler nak tido]
:: diambil dari sumber yang kurang pasti ::
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu.
Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam".
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ????!!
1/03/2006
gaya rebah pembalap
[kesorangan di opis pukul 2 pagi]
Pada kali ini kita akan melihat ranking untuk tahun 2005. Ini bukannya ranking siapa paling laju, ini adalah ranking lap paling bergaya (lap dalam bahasa Melayu ialah gaya rebah pembalap).
Mula dengan kedudukan di tangga kelapan. Enjoy!
Tempat ke-8 (rempit professional)
Tempat ke-7.
Tempat ke-6.
Tempat ke-5
Tempat ke-4
Tempat ke-3
Naib Johan!
JOHAN!!!
Ulasan: Uhhh... mau koyak kepala lutut bang. Ni anak sape ni? Mat rempit pun kalah...
Ulasan: Gaya yang lebih daring, naik 2 orang lak tu. Lebih mencabar kerana ambik lap kat celah celah tiang. Gaya 'stay focused' dan berbaju singlet dengan penumpang yang mempunya belang tarung dan ID card. Huh! Memang sungguh daring.
"Hahahhaa... Jangan ingat mat rempit je boleh ambik lap. Mat Kret (mat kereta) pun boleh jugak laaa...."
Ulasan: Untuk lebih kawalan dan keselamatan, pusat graviti yang lebih rendah dan kestabilan yang tinggi. Don't do this at home.
Ulasan: Do this at home only, office a big no-no. Nanti bos marah baru tau. Safety first! Helmet jangan lupa walau di mana anda berada.
Ulasan: My faveret!!! Perlu diingatkan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walaubagaimanapun, siapa yang mahu melakukan lap yang sebegini adalah dinasihatkan supaya menyelesaikan proses penyahtinjaan anda dan bilas dengan secukup rasa sebelum memulakan aksi rebah pembalap ini. Kalau tidak, housemate anda akan memaki anda dengan secukup rasa pula.
Walaubagaimanapun aku tak puas hati dengan panel yang bagi markah ni. Aku rasa yang tempat kedua tu lebih layak untuk menjadi johan. Memang style ambik lap dalam toilet macam tu. Huhuhuuu... Hahahhaa!!!
12/29/2005
013xxx1009
[girang gembira]
Dengan ini beta mengumumkan bahawa nombor telefon mobil beta telah bertukar kepada
013-xxx1009
Dengan ini adalah diharapkan rakyat sekalian akan senantiasa mengingati hari keputeraan beta yang jatuh pada 10 September pada setiap tahun.
Dan adalah diharapkan dapatlah setiap seorang menyediakan hadiah untuk beta.
-edited-
di edit disebabkan oleh ada pihak pihak tertentu yang tampak kurang senang dan iri hati dengan nombor baru ini.
12/22/2005
aku sungguh bujang
[selebet dan busuk]
17hb haritu Rose Hayati telah selamat diijabkabulkan. Selamaatttt sorang lagi member member aku. Alhamdulillah. Musim cuti sekolah ni macam musim mengawan pulak. Hahaha. Sorang kahwin, sorang bertunang, lepas tu sorang lagi kahwin. Rumah banjir pun ada orang nekad gak nak kahwin (banjir di pantai timur).
Litium pun dah nak kahwin dah. Hosmet aku Fuad nak bertunang. Lair dah nak kahwin. TAK BUJANG sungguh! Biarla aku menikmati kehidupan bujang aku sebaik mungkin.
20hb aku balik Melaka (since aku cuti panjang 16/12 sampai 31/12). Dah nak siappp dah rumah yang aku beli. Sape nak sewa??? RFS (ready for service) pada May 2005. Ada swimming pool. Updated gambar rumah aku boleh lihat di fotopages.
Dah dah aku nak mandi. Nak jumpa GM aku, lepas tu nak bersiap siap untuk pergi Gunung Ledang.
Yang pastinya aku tersangatlah bujang sekarang ini. Hahahhaa...
12/18/2005
toki toki BOOM!
[ngantuk + hangin]
Sesudah main futsol tadi, aku lepak rumah Boyez. Masa kami dihabiskan dengan bermain Yahoo! Games yang diberi judul Toki.
Game yang nampak tidak mencabar ini sebenarnya telah memaksa kami berdua bekerja keras demi maruah seorang lelaki. Perlawanan secara Mano o mano (one-on-one atau satu lawan satu) ini berlarutan matahari naik tinggi di langit. Walaupun tiada setitik keringat pun yang keluar, namun 3 jag air kopi telah digunakan untuk memastikan para peserta tetap fokus dan dalam keadaan terbaik.
Dalam pusingan yang terakhir, Boyez pada suatu ketika telah ketinggalan 2-0. Namun dengan azam dan semangat yang tinggi, beliau bangkit untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut.
Every man has his day, bak kata pepatah omputih. Dah memang tak ada rezeki aku. Bak kata Ustaz Latep (warden sekolah aku dulu), hard luck boyzz.
OK aku dah nak tido. Korang cuba cuba la game Toki ni. Tapi diingatkan game ini paling sesuai dimainkan dengan member yang ada dekat sebelah, dijamin tahap keterujaan adalah paling tinggi.
BOOM!
12/13/2005
drama melayu
mode: hangin
kelmarin aku bosan.
so aku tune in astro 4: astro ria.
cerita masa tu ialah ****** deanna. (aku tak ingat tajuk depan dia apa, tapi hujung dia deanna)
heroin cerita tu ialah wan norazlin (*ehem ehem).
cerita tu mendedahkan kehebatan hero melayu dan kebodohannya, antaranya;
1. darah orang melayu kering cepat (0.05 saat je dah kering)
-mamat hero kena tembak, baju habis berdarah gila tapi setitik pun tak menitik kat lantai. ucapkan terima kasih kepada vitamin K yang ada dalam darah hero tu.
2. hero melayu suka lari kat tangga.
-masa hero tu lari dalam bangunan, dia asyik lari kat tangga je, bilik punya la banyak, tapi dia sanggup cross bangunan untuk pergi ke next tangga. pastu lari naik turun tangga balik. lift ada tunjuk kat cerita tu, tapi member nak guna tangga gak, nak 'work out' katanya.
3. orang melayu tak berpeluh
-punyalah dah lari naik turun tangga, pergi tangga lagi satu pulak, bergaduh ngan penjahat, tapi setitik peluh pun tak nampak kat muka hero, heroin dan penjahat. best la diorang, main futsol mesti tak busuk baju. pastu save takyah basuh baju la kannn... huhuu...
4. suka bertanya soalan bodoh
-hero dah kena tembak kat bahu dengan kat peha. obvious gila nampak kesan darah kat tempat yang kena tembak. orang jahat pun dah mati. datang member hero tanya "kau cedera kat mana?" (part ni aku gelak guling guling)
-lepas tu datang polis pulak, polis pun tanya soalan "ada sesiapa yang cedera?"(masa tu 2-3 orang tengah tergolek cedera dan kesakitan)
5. suka tayang pistol
-penjahat asyik pegang pistol, pastu acu kat atas. gaya tak 'cool' langsung.
6. sakit hilang bila jumpa awek
-hero baru lepas operate buang peluru kat bahu. punyala sakit mamat tu. tiba tiba je struggle keluar wad, awek dia (wan norazlin) ada tunggu kat luar. hero tu berbual sikit ngan awek tu, terus dah ok, jadi macho gila. (control macho depan awek, pigiiidahhhh!!!)
7. muka tebal
-muka pelakon pelakon melayu ni sama tebal dengan dinding konkrit. sebabnya walau ditumbuk banyak kali pun, muka tetap hensem dan lawa gitu. jangankan berdarah, lebam pun tidak. terima kasih kepada 'perak-hanjoong simen' yang telah menaja cerita ini.
8. kebal
-hero kan dah kena tembak kat peha. ada satu scene ni, tiba tiba hero berlari pantas merempuh penjahat. alah setakat kena tembak kat peha, rasa macam nyamuk gigit je la beb. berkat tangkal yang dia guna kot.
-perut penjahat dah kena rodok dengan batang paip sebesar lengan. (takde la tajam paip tu, tapi, hero power sangat kot sampai tembus perut orang jahat tu). dah tergolek dah penjahat tu, tiba tiba dia bangun, cabut batang paip dari perut dia. yang lagi best, setitik darah pun tak meleleh dari lubang kat perut dia tu. setakat baju kena berdarah je. (aku rasa ini disokong oleh fakta #1 tadi). nasib baik lepas tu penjahat tu jatuh balik dan mati. kalau tak, aku nak jugak menuntut ilmu apa yang dia pakai.
9. profesional melayu suka pakai tie
-masa tu dah tengah malam, tapi ada dua lawyer ni masih lagi keje. (fyi, lawyer ni adalah member hero yang tanya soalan bodoh dalam fakta #4 tadi). tengah tengah malam tapi mamat dua orang ni pakai tie lagi beb. ketat pulak tu (smartttt.... ). yang lagi syok, masa diorang join gaduh dengan orang jahat, tie masih dipakai dengan kemas. siap baju 'tuck in'. sikit pun tak terkeluar (dan tak kotor, walaupun dia papah hero yang berdarah tadi). part ni mengingatkan aku part student pakai kad matrik dalam bilik air (dalam cerita kuliah cinta)
10. orang jahat menghadapi masalah rabun jauh
-part ni memang kesian gila. hero, heroin dan member heroin berada di hall hospital, dan nampak orang jahat sedang masuk dari pintu depan. tapi orang jahat tak nampak pun 3 orang tadi, dan tercari cari sedangkan dia masuk straight dah nampak hall dan *sepatutnya* dah nampak 3 orang tu.
All the way cerita ni memang aku kutuk kaw-kaw. pastu gelak bila part yang tak sepatutnya. Kenapa cerita movie dan drama melayu jadi macam ni? Salah director, salah pelakon, atau salah penonton seperti aku ini?
*** edited on 14 dec ***
ada tambahan lagi satu. "JANGAN BERGERAK!" wajib ada kalau ada polis dalam cerita melayu. walaupun orang jahat tu tengah pegang pistol or tengah berlari lari, JANGAN BERGERAK mesti sebut dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
