Words of Others

12/26/2005

cuti cuti melesia : gunung ledang

[letih woo] 22 hb (Khamis malam Jumaat yang lepas), ada sorang member aku ni baru sahaja kemalangan kereta. Memang bukan rezeki dia hari tu. Member mintak tolong diambil di Sentul. Lalu pada malam tersebut aku telah pergi ke Sentul, kemudiannya ke Kelang, makan ikan bakar, kemudian pergi ke Seri Kembangan, untuk menyiapkan pakaian untuk ke Ledang, dan akhirnya ke Taman Desa. Lalu aku gelarkan malam itu sebagai Kembara Lembah Kelang. 23 hb, mula bergerak dari UM. Sembahyang Jumaat di MITC Ayer Keroh, Melaka, sebelum menyambung perjalanan ke Asahan (melalui Jasin). Sampai di kaki Gunung Ledang kira kira jam 4:30 petang. Kemudiannya berehat, makan dan sembahyang sebelum perjalanan diteruskan semula pada jam 10:00 malam. Perjalanan normal ke campsite mengambil masa kira kira 5 jam namun disebabkan oleh beberapa masalah dan kesesakan lalu lintas yang berlaku, perjalanan kami mengambil masa 7 jam dan sampai di campsite kira kira jam 5 pagi. Mengantuk gila sampai ada satu kali rehat tu, aku siap boleh tido dan mimpi. Beg, headlamp dan sleeping bag yang aku pakai ditaja oleh Akmal Hadi a.k.a Budu. Sampai campsite je aku dah tak larat sangat, set khemah dan terus tido. 24hb, hari ini kami akan menjejaki puncak Gunung Ledang. Setelah sarapan, semua orang bersiap siap dengan peralatan yang lebih canggih disebabkan perjalanan kali ini adalah lebih mencabar. Part ni kena nyanyi lagu AFUNDI : menuju puncak. Korang la nyanyi sebab aku memang tak suka AFUNDI.
Gunung Ledang summit Kali ke-4 aku menawan puncak Ledang Gunung Ledang summit What a wonderful world
Terasa kebesaran tuhan bila berada di puncak gunung macam ni. Huhhh... Sehingga bertemu lagi dalam kembara yang lain kali pula.

2 comments:

adiman said...

wow best! sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kedalam hutan rimba.. sungguh aku rindu akan kehijauan rimba. oh~

daddy riki said...

ah ah ah... sebagai ultraman, kau tidak dibenarkan masuk ke hutan kerana akan merosakkan flora dan fauna. tempat kau adalah di planet ultra. pergi kau! pergi!!!