Words of Others

12/13/2005

drama melayu

mode: hangin kelmarin aku bosan. so aku tune in astro 4: astro ria. cerita masa tu ialah ****** deanna. (aku tak ingat tajuk depan dia apa, tapi hujung dia deanna) heroin cerita tu ialah wan norazlin (*ehem ehem). cerita tu mendedahkan kehebatan hero melayu dan kebodohannya, antaranya; 1. darah orang melayu kering cepat (0.05 saat je dah kering) -mamat hero kena tembak, baju habis berdarah gila tapi setitik pun tak menitik kat lantai. ucapkan terima kasih kepada vitamin K yang ada dalam darah hero tu. 2. hero melayu suka lari kat tangga. -masa hero tu lari dalam bangunan, dia asyik lari kat tangga je, bilik punya la banyak, tapi dia sanggup cross bangunan untuk pergi ke next tangga. pastu lari naik turun tangga balik. lift ada tunjuk kat cerita tu, tapi member nak guna tangga gak, nak 'work out' katanya. 3. orang melayu tak berpeluh -punyalah dah lari naik turun tangga, pergi tangga lagi satu pulak, bergaduh ngan penjahat, tapi setitik peluh pun tak nampak kat muka hero, heroin dan penjahat. best la diorang, main futsol mesti tak busuk baju. pastu save takyah basuh baju la kannn... huhuu... 4. suka bertanya soalan bodoh -hero dah kena tembak kat bahu dengan kat peha. obvious gila nampak kesan darah kat tempat yang kena tembak. orang jahat pun dah mati. datang member hero tanya "kau cedera kat mana?" (part ni aku gelak guling guling) -lepas tu datang polis pulak, polis pun tanya soalan "ada sesiapa yang cedera?"(masa tu 2-3 orang tengah tergolek cedera dan kesakitan) 5. suka tayang pistol -penjahat asyik pegang pistol, pastu acu kat atas. gaya tak 'cool' langsung. 6. sakit hilang bila jumpa awek -hero baru lepas operate buang peluru kat bahu. punyala sakit mamat tu. tiba tiba je struggle keluar wad, awek dia (wan norazlin) ada tunggu kat luar. hero tu berbual sikit ngan awek tu, terus dah ok, jadi macho gila. (control macho depan awek, pigiiidahhhh!!!) 7. muka tebal -muka pelakon pelakon melayu ni sama tebal dengan dinding konkrit. sebabnya walau ditumbuk banyak kali pun, muka tetap hensem dan lawa gitu. jangankan berdarah, lebam pun tidak. terima kasih kepada 'perak-hanjoong simen' yang telah menaja cerita ini. 8. kebal -hero kan dah kena tembak kat peha. ada satu scene ni, tiba tiba hero berlari pantas merempuh penjahat. alah setakat kena tembak kat peha, rasa macam nyamuk gigit je la beb. berkat tangkal yang dia guna kot. -perut penjahat dah kena rodok dengan batang paip sebesar lengan. (takde la tajam paip tu, tapi, hero power sangat kot sampai tembus perut orang jahat tu). dah tergolek dah penjahat tu, tiba tiba dia bangun, cabut batang paip dari perut dia. yang lagi best, setitik darah pun tak meleleh dari lubang kat perut dia tu. setakat baju kena berdarah je. (aku rasa ini disokong oleh fakta #1 tadi). nasib baik lepas tu penjahat tu jatuh balik dan mati. kalau tak, aku nak jugak menuntut ilmu apa yang dia pakai. 9. profesional melayu suka pakai tie -masa tu dah tengah malam, tapi ada dua lawyer ni masih lagi keje. (fyi, lawyer ni adalah member hero yang tanya soalan bodoh dalam fakta #4 tadi). tengah tengah malam tapi mamat dua orang ni pakai tie lagi beb. ketat pulak tu (smartttt.... ). yang lagi syok, masa diorang join gaduh dengan orang jahat, tie masih dipakai dengan kemas. siap baju 'tuck in'. sikit pun tak terkeluar (dan tak kotor, walaupun dia papah hero yang berdarah tadi). part ni mengingatkan aku part student pakai kad matrik dalam bilik air (dalam cerita kuliah cinta) 10. orang jahat menghadapi masalah rabun jauh -part ni memang kesian gila. hero, heroin dan member heroin berada di hall hospital, dan nampak orang jahat sedang masuk dari pintu depan. tapi orang jahat tak nampak pun 3 orang tadi, dan tercari cari sedangkan dia masuk straight dah nampak hall dan *sepatutnya* dah nampak 3 orang tu. All the way cerita ni memang aku kutuk kaw-kaw. pastu gelak bila part yang tak sepatutnya. Kenapa cerita movie dan drama melayu jadi macam ni? Salah director, salah pelakon, atau salah penonton seperti aku ini? *** edited on 14 dec *** ada tambahan lagi satu. "JANGAN BERGERAK!" wajib ada kalau ada polis dalam cerita melayu. walaupun orang jahat tu tengah pegang pistol or tengah berlari lari, JANGAN BERGERAK mesti sebut dulu.

7 comments:

Anonymous said...

huh....lain kali jgn tgk drama melayu....

Anonymous said...

Gerak gerak gerak Khassss...
-polis paling bangang

Anonymous said...

polis dia pakai jaket hitam tgh2 hari buta x?

Anonymous said...

aku paling suka part yg depa tanya soalan bodo tu... "Ada sapa2 yg cedera"..

Anonymous said...

bapak arr....nanti aku pun nak perati arr filem melayu yg lain. mesti lebih kurang ciri2 yg ko tulis kat situ. kalu tak kener semua, at least 3 ciri2 tu mesti ader laa... nnt aku lantik ko ganti Zainuddin Maidin... mesti filem melayu meletup & real...terus masuk box office.

daddy riki said...

dear yoga,
aku memang takmau tengok pun drama melayu. sebab dah taktau nak tengok cerita apa tu yang aku bukak cerita melayu.

mshio89,
aku setuju

cindylia,
unluckily scene itu berlaku pada waktu malam. tapi polis tetap memakai jaket kulit berwarna hitam

kuda_kampung,
part tu memang aku suka gila. anyway darkthrone kau apa citer?

bluster,
aku tak kenal zainuddin maidin tu siapa.

Anonymous said...

cayalah bro!!wakaka!